Situasi di sekolah...
Jika diperhatikan kepada gambar2 ini, dapat dilihat
bagaimana situasi yang kita sering lihat di sekolah. Hukuman, masalah pelajar
dan masalah guru antara isu yang sering diketengahkan. Cabaran guru pada masa
ini lebih banyak di sekolah. Cabaran pertama sekali ialah persediaan seorang
guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan
mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi
pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai.
Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme,
pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang
mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran.
Cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik.
Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Kurangnya ilmu yang akan diajar juga menjadi salah satu cabaran besar kepada guru. Oleh itu, persediaan secara rapi perlu dilakukan oleh semua guru. Sekian.
No comments:
Post a Comment