Hidup Untuk Dunia atau Akhirat?
Aku sering melihat bahawa ramai antara masyarakat kini
lebih mengutamakan dunia semata-mata dek kerana pembangunannya yang bukan
sahaja dari segi binaan tetapi juga dari segi sosial. Namun sedarkah kita
tentang peranan sebenar kita di atas muka bumi ini? Kadang-kadang kita terlupa
bahawa hidup ini hanyalah sementara namun yang kekal adalah di akhirat sana.
Aku sendiri seringkali terleka dengan helah dunia namun aku cuba muhasabah
semula apa yang dilakukan. Tertarik dengan bait-bait kata dalam satu page iaitu:
Sesibuk mana pun kita, kita masih boleh berbalas mesej
dengan buah hati setiap hari.
Sesibuk mana pun kita, kita mampu mendownload movie dan
menontonnya berjam-jam.
Sesibuk mana pun kita, kita tetap ada masa untuk bermain
game di laptop.
Sesibuk mana pun kita, kita tidak lupa untuk update
status Facebook. Kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara. Ia tidak
mengubati malah menyebabkan nanah semakin membengkak. Yang terubat hanya tampak
cantik di luar, tetapi di dalam?Apakah kita masih belum sedar akan apa yg
sebenarnya Allah berikan?Dugaan ini tidak mampu kita fahami tetapi kita terus
hanyut..Renungkanlah...
No comments:
Post a Comment