Salji

Friday, 22 November 2013

Ibu dan Bapa Masa Ini

Apabila aku ingin bercakap tentang ibu bapa pastinya hati ini akan teringatkan mereka di rumah. Kenapa aku sentuh tentang ibu bapa pada entry kali ini? Pastinya ramai yang mungkin tertanya-tanya. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham. Secara jujurnya, aku sangat risau dengan perkara-perkara sebegini. Saban hari, ada sahaja berita tentang anak pukul ibu atau bapa. Cuba lihat 2 keratan akhbar di bawah ini..
  

                  



Apa yang sebenarnya telah berlaku pada anak2 zaman ini. Adakah terlalu taksub dengan budaya Barat atau didikan yang salah dari ibu bapa? Pastinya pelbagai perspektif yang negatif akan dilemparkan terutamanya kepada mereka yang melakukan perkara-perkara sedemikian kepada ibu bapa. Sikap terus menyalahkan anak atau golongan ini tidak akan dapat membantu dan keji mengeji inilah yang menunjukkan kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia. Sama2 kita fikirkan...

No comments:

Post a Comment