Salji

Thursday, 7 November 2013

ALAM UNIVERSITI


Pada entry yg sebelum ni, aku telah bawakan satu kisah tentang Uwais dan cerita itu akan ku sambung pada entry yang seterusnya.. Hari ini aku ingin mengajak rakan-rakan yang melayari blog aku ini untuk aku menceritakan kehidupan aku sepanjang berada di universiti selama 2 tahun ini. Sesungguhnya tiada siapa yg dapat mengetahui tentang kejayaan setiap daripada mereka yg dapat melangkah ke alam menara gading ini melainkan Allah jua yg telah mengaturkannya..aku bersyukur kerana dapat diterima di UPSI ini walaupun bidang yg aku amik ni bukan pilihanku. Namun, aku cuba untuk belajar kerana bagiku ilmu adalah satu perkara yg bersifat pelbagai..namun ilmu juga perlu diseimbangkan antara ilmu dunia dan akhirat..seringkali sejak aku memasuki alam universiti hati ini kadang terleka dengan hiburan dunia apatah lagi dengan nilai berdikari yang perlu dilalui di sini..jujur aku nyatakan di sini bahawa kali pertama aku melangkah ke UPSI maka inilah kali pertama jua aku terpaksa berjauhan dengan ibu bapaku..apatah lagi status aku sebagai anak tunggal dalam keluarga.. Sudah pastinya aku memikul tanggungjawab yang besar dan berat kerana harapan yg tinggi yg diletakkan oleh keluargaku..Tambahan pula aku adalah sebagai cucu sulung dalam keluarga sama ada dari sebelah bapaku atau ibuku..jadi mereka mengharapkan aku untuk aku mencapai kejayaan dek kerana ibu dan ayahku bukanlah dari golongan mereka yg mampu untuk mengaut ilmu di alam persekolahan menengah dan seterusnya..kesusahan masa lalu membuatkan harapan itu kini digalas di bahuku..semua itu bagaikan satu amanah yg entah mampu atau tidak untuk aku pikul..aku bukanlah seorang yg begitu cekal namun aku akan cuba jua..dengan sokongan daripada rakan2 yg aku kenali sejak masuk u ni, aku yakin aku mampu kerana mereka semua juga diciptakan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg x mampu utk aku selami.. masing2 mempunyai cerita hidup yg tersendiri dan kerana itu kehidupan kita semua penuh dengan kepelbagaian dan apa yg penting jalan ke arah perubahan itu sentiasa terbuka..ianya terpulang kepada kita sama ada kita ingin melalui jalan itu atau tidak..aku benar2 berharap agar aku dapat melalui jalan itu dengan jayanya walau onak duri berada di hadapan..Sekian dulu utk kali ini..mohon berundur..

 Kenangan bersama akan sentiasa segar dalam hati ini utk selamanya..

                                         

                                     

No comments:

Post a Comment