Sahabatku..
Sering aku
mendengar bait-bait kata ini:‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu
melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta
makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak
akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan
kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang
lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri
sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara
hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit
dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu
berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah
maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
Apakah ciri-ciri
seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika
engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika
engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan
kamu;
- Jika
engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika
engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik;
- Jika
dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai
atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika
dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika
engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika
engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan
kamu;
- Jika
datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-
Jika
engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika
engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-
Jika
kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.
- Dia
membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan
maksiat
-
Dia
mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang
terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana
kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Aku akan cuba
utk menjadi sahabat yang baik utk semua. Insya Allah..