Kisah Teladan Buat
Diri Ini
Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Sejarah tercipta kali ini apabila ini adalah kali pertama
dalam hidup aku menulis blog aku sendiri. Apapun untuk entry kali pertama aku
ingin menceritakan tentang kisah yang sering aku baca. Aku sering memuhasabah
diri apabila mengingati cerita ini. Ianya adalah tentang seorang hamba Allah
yang bernama Uwais Al-Qarni. Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan
tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah, dan dapat bertemu dengan para
sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal
dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim.Ibunyalah yang menjaganya
sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi
bahasa dan amanah. Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah
tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk
menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan
tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah
mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara
lain. Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga
sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya
terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT. Ini
merupakan kisah yang sentiasa akan aku ingati. Sebelum aku menceritakan kisah
yang seterusnya aku berharap agar aku menjadi seperti Uwais ini. Sentiasa
berbakti kepada ibunya dan taat akan perintah Allah. Kisah ini seringkali
menjadi penguat diriku ini tatkala berhadapan masalah. Nantikan kisah
selanjutnya pada entry yang akan datang...